cover
Uqbah Iqbal

Pemikiran Pandang Ke Singapura di Jepun Semasa Era Lee Kuan Yew





BookRix GmbH & Co. KG
80331 Munich

Pemikiran Pandang Ke Singapura di Jepun Semasa Era Lee Kuan Yew

‘Belajar dari Jepun’ merupakan kata-kata hikmat yang diluahkan oleh Lee Kuan Yew untuk mempercepatkan lagi proses perindustrian antara Singapura dan Jepun. Cogan ini memberikan pengertian yang besar dalam usaha mengukuhkan lagi ekonomi Singapura khususnya, dan ekonomi ASEAN amnya, dalam membantu rantau ini mencapai satu peringkat self-sufficient yang diharapkan. Dengan menjadikan Jepun sebagai contoh ekonomi, Singapura akan dapat menimba kemahiran dan kepakaran Jepun dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi untuk dijadikan sebagai peransang kemajuan rantau ini. Jepun mempunyai ciri-ciri budaya yang lebih dekat dan sesuai untuk diteladani oleh negara-negara ASEAN kerana unsur-unsur ketimurannya. Langkah Singapura untuk mencontohi Jepun dibuat berdasarkan kemampuan negara tersebut membangunkan ekonominya dari keruntuhan selepas Perang Dunia Kedua, menjadi sebuah negara perusahaan yang disegani (Berita Harian, 15 September 1983).